Peganglah kalimah ini sebaik-baiknya sehingga ketemu Tuhanmu..

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Wednesday, April 13, 2011


Andai dirimu diuji..

Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri.x layak utk aku pertikaikannya.. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir Mu..

Orang-orang mukmin yg diuji itu..hati mereka berkata..

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu..

p/s:Sabarlah..ingat ketika Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Bakar yg sedang cemas..

"Jangan takut,jangan sedih..sesungguhnya Allah bersama kita.."


Tuesday, April 12, 2011

Tuhan

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….