Bacalah dengan namaTuhanMu..baca baek2..hayati dan fahami pesanan dan peringatan dari TuhanMu..
Al-Infitar
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3]
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4]
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5]
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6]
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7]
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8]
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9]
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10]
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11]
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12]
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13]
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14]
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15]
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16]
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18]
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19]
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah
Salam.aku bukan berniat untuk mentafsir ayat nie..yela..kt kn x dibenarkan mentafsir ayat-ayat Al-Quran ikut sedap kt je kn..tp sekadar utk menghayati pesanan dan peringatan dari Allah..just to share my feeling bile bace surah nie.. x dpt nk gambarkn betapa dahsyatnya hari kiamat tu..terbayang plak nasib diri tergolong dari golongan yg mane..dpt buku catatan amal yg mana satu..takot plak bile fikirkan yg semua yg kt buat kt dunia akan dikhabarkan balik..akan ditayangkan balik mcm dalam filem tu..kalau banyak buat baik xpe..tp kalau byk dosa..banyak maksiat..alangkah malunya..malu pada Allah dan smua yg melihat ketika tu..kantoi habis segala apa yg kt buat kt dunia..erm,agk2 kalau rase dpt sembunyikan perbuatan tu cuba la..alam ni milik Allah..mane2 kt lari pn Allah nampak kn..pastu mase ari tu da x bleh salahkan org laen..nk mntak bantuan sape ag..masing2 yg laen sibuk memikir naseb diri..erm,takotnye bile pikir..ucapan apa yg akan diterima nanti..ucapan salam dari Tuhan yang Maha Penyayang atau dipersilakan ke neraka..dan paling aku bimbangkan sekali ialah takot2 kalau Allah palingkan wajahNya yang mulia dariku..waa..aku x nak..aku ingin sekali berbicara mesra denganNya..da lame aku tunggu saat tu..
Ntah la..kadang2 aku rasa hidup aku da x lame..jangan pelik..ape korang ingat org tua je bley cakap mcm tu..yela..bila2 mase je Allah bley panggil kt balik ke kampung asal kt..kt datang kt dunia ni ngn bwk amanah dari Allah..suruh kt makmurkan dunia ni..suruh kt kutip bekalan byk2..nanti bawak balik..jadi bile Allah nk panggil kt balik..kenalah balik kn..tapi kalu kt dunia ni kt asyek maen je..lupe nk kutip bekalan..kt akhirat nanti kt nk persembahkn ape kt Allah..
Erm,nk sgt ajak korang2 sedar..masa yg kt ade da xpanjang..hari perhitungan tu semakin hampir..knape kt still lalai lg..
2 kali Allah ulang ayat nie~
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah"
Aku kena bangun dari lena yg panjang..dan korang pun kena bangun..dan kejotkan yg laen jgk..
Astaghfirullah3x..Ya Allah..ampunkan dosa-dosa kami..temukan kami semua di taman2 syurgaMu..
No comments:
Post a Comment