Peganglah kalimah ini sebaik-baiknya sehingga ketemu Tuhanmu..

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Friday, June 25, 2010

Bilakah akan kumiliki...


Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucoba menhulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu


p/s:Bukan mudah untuk memperoleh cinta yang agung ini..tapi itu juga bukan alasan untuk kita menjauhi cinta ini..semakin sukar ia dimiliki..bermakna semakin bererti ia buat kita..pohon padaNya untuk kita merasai cinta dan kasih sayangNya..percayalah tanpaNya kita tak bererti..tapi percayalah bahawa Dia kaya dengan cinta dan kasih sayang..sentiasa sedia untk memberi asalkan kita sedia untuk mencintaiNya setulus hati kita..

cinta ini bukan cinta murahan,cinta budak hingusan,cinta lagenda budak setan ataupun cinta monyet..cinta ini antara hamba dan Penciptanya..cari dan genggam cinta ini sehingga saat pertemuan itu tiba..

Oh Tuhan,ku tahu..banyak yang perlu aku lakukan untuk memenangi hatiMu..

No comments:

Post a Comment