Peganglah kalimah ini sebaik-baiknya sehingga ketemu Tuhanmu..

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Thursday, March 17, 2011

Hakikat

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa

Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah


Mukmin sejati sentiasa waspada

Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia..
.



p/s:Tuhan..aku x layak utk ke syurgaMu..walaupun aku selalu mengimpikannya..namun aku x nk ke nerakaMu..kerana aku x akan tahan dengannya..
dan paling aku takuti dan x ingin berlaku..kalau Engkau memalingkan wajahMu dari aku..
maka aku mohon Ya Allah..dengan hati yang berdosa ini..ampunkan aku..
aku ingin sekali ketemu Mu..memandang wajahMu..dan berbicara denganMu..
lebih dari aku impikan syurga itu..

No comments:

Post a Comment