Peganglah kalimah ini sebaik-baiknya sehingga ketemu Tuhanmu..

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Saturday, March 19, 2011

mereka..

Tuhan

Aku x dapat rasai apa yang mereka rasai

Aku juga x pandai untk memujuk mereka

Tapi aku tahu

Engkau lebih layak berada di sisi dan hati mereka

Siapa aku

Untuk pertikaikan apa yang Kau timpakan pada mereka

Mungkin mereka itu yang lebih Kau sayang

Pasti Kau ada menyimpan sesuatu yang indah buat mereka kan?

Aku yakin Kau tidak akan mensia-siakan mereka

Apatah lagi mereka itu sangat baik padaMu

Cuma bisikanku untukMu

Aku ingin mereka berjaya sebagaimana aku ingin aku berjaya

Aku ingin mereka gembira sebagaimana aku ingin aku gembira

Aku tidak mahu mereka bersedih sebagaimana aku tidak mahu diriku bersedih

Aku tidak mahu mereka gagal sebagaimana aku tidak ingin gagal

Doaku untuk mereka sama seperti doaku utk diriku

Tuhan

Kepada siapa lagi kami ingin serahkan diri kami?

Kabulkan doaku dan kabulkan juga doa mereka

Kalau Kau takdirkan perpisahan itu buat kami

Aku pinta..bukan sekarang..tangguhkanlah..

p/s:terasa malu untuk meminta sebenarnya..kerana khilaf yang terlalu banyak..tapi kepada siapa lagi ingin aku pinta melainkanMu?

No comments:

Post a Comment